Jawapan: Yang dimaksudkan dengan pengumpulan al-quran(jam’ul quran)oleh para ulama adalah salah satu dari dua pengertian berikut:
Pertama:Pengumpulan dalam arti hifzuhu(menghafalnya dalam hati).Jumma’ul quran artinya huffazuhu(penghafal-penghafalnya,orang yang menghafalnya di dalam hati).
Firman Allah s.w.t: Surah al-Qiyamah ayat 17
Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu( dalam dadamu )dan menetapkan bacannya( pada lidah mu)
2) Soalan: Bagaimanakah Rasulullah menjaga wahyu dan ayat al-Quran yang diturunkan kepada Baginda?
Jawapan: Nabi sangat mengambil berat terhadap setiap wahyu dan al-Quran yang diturunkan kepada Baginda. Untuk menjaganya Baginda menghafal,tadarrus, mengulangi serta membaca dalam solat Baginda hingga bengkak-bengkak kaki Baginda mulia disebabkan kuat beribadat dan berdiri untuk membaca al-Quran ketika mengerjakan solat malam. Setiap sekali setahun juga Jibril akan bertadarrus dan menyemak bacaan Baginda.
3) Soalan: Natakan bahagian pengumpulan al-Quran pada zaman Rasulullah?
Jawapan: Terdapat dua bahagian pengumpulan al-Quran pada zaman Rasulullah iaitu
a. Menghafal
b. Tulisan
4) Soalan: Terangkan cara Rasulullah menghafal dalam pengumpulan al-Quran?
- Jawapan: Nabi seorang yang tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca, maka Baginda sentiasa menghafal dan bergantung kepada kekuatan ingatan untuk menghafal setiap ayat yang diturunkan kepada Baginda. Nabi menghafaz semua wahyu dan ayat yang diturunkan kepada Baginda dan membaca serta menyampaikan kepada sahabat dengan cara tartil.Selain itu, Baginda mentafsirkan dan menjelaskan rahsia ayat yang diterima itu supaya dapat difahami dan jelas maksud yang dikehendaki.
- Antara lain juga, Baginda segera membacakannya kepada sahabat supaya ayat yang diturunkan kepaada Baginda itu tidak lupa atau luput.
- Baginda seorang ummi(tidak tahu menembaca dan menulis), namun Allah berjanji akan memudahkan kepada Baginda untuk menghafal dan memahaminya, sebagaimana Firman Allah
Terjemahan: Dan janganlah engkau wahai Muhammad tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku! Tambahkanlah ilmuku.
II. Firman Allah: Surahal-Qiyamah Ayat 16-18
Terjemahan: Janganlah engkau( wahai Muhammad) kerana hendak cepat menghafal al-Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesugguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu( dalam dadamu), dan menetapkan bacaanya( pada lidahmu), oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacanya (kepadamu, dengan perantaraan Jibri)l, maka bacalah menurut bacaannya itu.
5) Soalan: Apakah sejarah yang menyebabkan masyarakat Arab mudah untuk mengingati ayat Al-Quran?
Jawapan: Pada datangnya Islam dan turunnya al-Quran, pada waktu itu masyarakat Arab terkenal dengan bangsa yang kuat ingatan, cepat mengingati dan cepat menghafal.
Contohnya, mereka mampu menghafal beratus-ratus bait atau rangkap sajak dan syair dalam berbagai gaya bahasa. Justeru itu para sahabat yang memeluk Islam mudah bagi mereka menghafal al-Quran yang mudah dan mempunyai berbagai-bagai keistimewaan berbanding dengan syair yang pujangga mereka cipta.
6) Soalan: Bagaimana para sahabat mengambil berat terhadap al-Quran?
Jawapan: Para sahabat menghafal dan mengajar kepada keluarga mereka seperti isteri dan anak-anaknya.
7) Soalan: Apakah tumpuan Rasulullah dan para sahabat dalam bentuk hafalan al-Quran?
Jawapan: Rasulullulah dan para sahabat pada dasarnya tertumpu kepada pengumpulan pada dada dan hati. Iaitu cara menghafal dan mengingatinya, sesuai dengan keadaan di mana Rasulullah seorang Ummi dan pada waktu itu majoritinya adalah Ummi juga.
8) Soalan: Siapakah kalangan para sahabat yang menghafal al-Quran?
Jawapan:Antara mereka adalah:
- Khulafa' al-Rasyidin 7. Aisyah 13. Muawiyah
- Muaz Ibn Jabal 8. Ibn Abbas
- Talhah 9. Hafsah
- Ibn Mas'ud 10. Ummu Salamah
- Huzaifah 11. Zaid Ibn Thabit
- Ibn Umar 12. Ubai Ibn Ka'ab
Jawapan:
- Penulisan dan catatan itu dilakukan oleh sahabat yang dalam kadar yang diizinkan oleh Nabi dengan cara dan peralatan yang ada serta sesuai pada zaman mereka. Sebagai contoh, para sahabat menulis al-Quran di pelepah tamar, tulang-belulang dan batu.
- Nabi menyuruh sahabat menulis al-Quran sebaik sahaja Baginda menerima wahyu dan setiap kali turunnya wahyu Baginda akan memanggil beberapa penulis untuk mencatatkan segala butir wahyu tersebut.
Jawapan: Di antara mereka adalah:
- Abu Bakar al- As sidiq 6. Khalid Ibn al- Walid
- Umar bin Alkhatab 7. Ubai Ibn Ka'ab
- Uthman bin Affan 8. Zaid Ibn Thabit
- Ali bin Abi Talib 9. Thabit Ibn Qais
- Muawiyah
11) Soalan: Di manakah ayat-ayat al-Quran ditulis?
Jawapan:
- Pelepah tamar
- Ketul-ketul batu
- Tulang- tulang unta dan biri-biri yang kering
- Keping-keping kayu dan kulit- kulit
Jawapan:
- Arahan dan panduan daripada Nabi termasuklah arahan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah supaya diletakkan masing-masing pada tempat yang tepat.
- Baginda memanggil beberapa orang penulis wahyu dan Baginda bersabda:" Hendaklah kamu letakkan surah ini pada tempat yang terdapat sebutan begini dan begini". Nabi mendapat panduan dan arahan daripada Jibril dan Jibril pula menerima perintah daripada Allah s.w.t.
Jawapan: Melalui bacaan, khutbah dan bacaan dalam solat
14) Soalan: Secara kesimpulannya, bagaimanakah bentuk al-Quran dalam penulisan pada zaman Nabi?
Jawapan: Bentuk penulisan pada waktu itu masih belum terkumpul dalam bentuk mashaf atau kitab, di mana ia adalah terkumpul dan tersimpan dalam keadaan tidak tersusun iaitu pada pelepah-pelepah tamar, tulang, kulit dan sebagainya.
Sumber Rujukan:
- Ulum al-Qur'an ,Dr Rosmawati Bt Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, September 1997.
- Pendidikan al-Quran dan As sunnah,Zulkifli Ahmad, Pustaka Medan Jaya, Selangor, 1996
- Al-Qur'an Al-Karim